Nuffnang Ads

Saturday, December 3, 2011

Maggie Goreng TomYam

Tadi petang aku masak maggie goreng tomyam.. Ibu laa,dier xsihat nak makan so aku masak laa..

Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar               }
- 3 ulas bawang putih              }
- 5 biji cili padi (ikut citarasa)  } Semua bahan nie dikisar
- 1 batang serai                       }
- 3 helai daun limau purut        
- ayam @ daging @ sotong @ udang
- sayur kobis @ sawi
- 1 pek pes tomyam
- sedikit gula & garam
- 3 keping maggie

Cara membuat:
1. Maggie direbus sehingga lembut dan ditoskan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar serta pes tomyam sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan ayam @ daging @ sotong @ udang.
4. Masukkan sedikit gula dan garam. (pes sudah masin).
5. Masukkan sayur dan maggie, gaul rata.

Hasilnya.. Selamat Mencuba.. =)



No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^