Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2011

My Lunch Today - Mi Kari

Okeyh,arinie aku rasa mcm nak makan mi kari.. So,aku pon mintak laa tolong ibu ajar kan aku buat mi kari. Aritue dah cuba buat laksa,now pe salah ye aku cuba masak mi kari lak..hehee.

Bahan-bahan:
- mi kuning
- serbuk kari daging (dibancuh bersama sedikit serbuk cili)
- 3 biji kentang (di kisar)
- kelapa separuh (diambil santannya)
- sedikit bawang merah, bawang putih dan halia
- daun kari
- ayam, daging, kerang, fishball @ fishcake
Cara Membuat:
1.  Kupas kulit kentang,basuh dan dikisar.
2.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Masukkan serbuk          kari yang telah dibancuh tadi. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
3.  Kemudian, masukkan santan serta kentang yang telah dikisar tadi.
4.  Akhir sekali, barulah dimasukkan ayam,daging,kerang dan fishball. Boleh juga        masukkan kacang panjang. Ikut citarasa masing-masing.

Hasilnya.. Selamat Menjamu Selera.. =)

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^