Nuffnang Ads

Thursday, December 27, 2012

Kerja Oh Kerja

Hi !! Okeyh, hari ni aku nak share cikit pasal tempat kerja aku. Aku bekerja sebagai kerani di sebuah Badan Pengurusan di SD Tiara Apartment, Bdr Sri Dsara. So far, aku suka kerja di sini. Environment nya pon okeyh je.. Cuma staff xramai laa. Kalau bos aku xde, handyman g buat kerja, tinggal laa aku sesorang kat opis. Kesian aku kan? Tapi, xpe laa.. Pe de hal. Asal kan aku selesa bekerja. So,usha2 laa tempat kerja aku k? Cekidaut!! =)

Nie laa nama tempat aku kerja

Prepare for meeting

Fail yang aku xsemak ag

De computer & telepon sendiri =)

p/s: Nama company aku bekerja A&H Consultancy Sdn Bhd

Wednesday, December 19, 2012

Share saja =)

Hi ! Semenjak kerja nie, aku dah mmg jarang toii  update belog aku nie.. Cianz dah aku tgk,. bersawang,bhabuk semua da dah.. hahaha. Sebenar nya, xde pe pon yg aku nak kongsi kan. Cuma nak share perasaan aku bila dah keje. Seronok laa, bila dapat pegang duit kita sendiri. Terutama masa dapat gaji yang pertama. Wow~! Rasa cam xpercaya je even masa uh dapat gaji separuh je. Sebab masuk dah half of the month. Sebelum aku kerja opis, aku kerja kat WATSON kat area umah aku. Ya Allah, penat sgt keje sana. Mana tidak nya, aku xleyh duduk langsung. Berdiri je keje nye. Kadang uh penah aku rasa malas je nak pegi. Kerja plak shift. Bila dapat shift petang seronok sangat. Bab aku xsuka shift pagi.. Nanti kena mop lantai,sapu lantai, lap cermin pintu. Bowink.,! Pastue plak shift pagi wajib wat price changing.. Ala,kat rak brg uh kan de harga..Kena tukar harga tue laa.. Tapi xsemua barang laa tukar. Certain je. Tue yang aku xsuka uh!! Alhamdulillah, aku dapat keje opis plak. Agpon dekat je ngn area umah aku. Gaji pon boleh tahan even xbanyak. Tapi,berbaloi laa.. Kerja nya xde laa susah mana. Just collect duit je.. Hari-hari aku pegang duit taw.. Best~! Tapi, tue bkn duit aku. Duit owg.. Diamanahkan untuk collect je. Best nye, bos aku pon ok.. Means bos site aku laa. Big boss aku aku xbape suka sangat. hahah.. Sebab dia garang.. Kat site aku nie, 3 orang je staf. Manager a.k.a bos aku, clerk a.k.a aku, handyman. Xramai pon.. So,enjoy laa. Kalo xde orang datang wat payment, keje aku melpak je laa.. Main fb, layan movie. Tue kalo aku xde keje nak buat laa.. Kadang uh busy gak.. Kalo de banyak problem. Yang pasti tiap-tiap akhir bulan aku mmg busy. Sebab nak create invoice tok owner2 kat sini. Okeyh laa.. Nanti aku masok kn gambar tempat keje aku. Simple je. 

Sunday, October 7, 2012

Bila Bosan

Bila aku bosan, perkara ini akan terjadi pada aku =)

Bosan Di Rumah

Bosan Di Pejabat

=)

Love This Picture, I don't know why =)

I'm Beautiful Just The Way I am 

Purdah ?

Snap masa dalam kereta on the way ke PoliPD

Snap Again

Snap Again with HIM

Port Dickson

Port Dickson - Busy BBM

Port Dickson

Pantai Port Dickson

Bowink Di Rumah

Saya Penyokong Pasukan Bola Sepak Malaysia =)

Bowink ! Peace yaw!! (^_^)v

With My HEART <3

With HIM Again <3

My Mom, Bro & Me =)

Me & My Bro

Candid By My Brother =)

Sekian...

Thursday, October 4, 2012

Aku Sendiri Pun Tak Tahu Kenapa

Since aku balik dari PD nie, aku selalu teringat perkara-perkara yang terjadi kat aku masa aku belajar dulu. Aku kalau boleh tak nak ingat, tapi 'dia' datang sendiri laa. Aku xsuka !! Sebab benda tue membuatkan aku rasa sedih. Aku ingat, aku dah lupakan perkara tue rupanta tak lagi. Masa on the way g PD pon aku de gak laa teringat tapi xde effect sangat pada aku SEBAB aku terlalu excited nak jumpa roomate aku. Bila dah balik KL lak, perkara tue bermain2 kat dalam kepala otak aku nie haa. 
Rimas aku!!

Kadang-kadang bila dah teringat uh aku layan gak. Bukan layan ape, aku cuma terpikir yang aku nie ada buat salah ke kat diaowg? Sampai diaowg marah sangat kat aku. Mulut aku memang kurang ajar sikit, tapi kalau toi la diaowg tak suka nape okeyh je dari kitaowg mula rapat. Siap ajak dok satu rumah ag ngan diaowg. Sekarang terbalik plak..Orang yang diaowg tak suka tue laa yang terbaik pada diaowg.

Perkara yang aku tak kan lupa malam terakhir aku bercakap ngan diaowg semua. Muka minah yang toi2 buat aku benci dia sampai aku mati. Aku tak cakap yang aku baik sangat tapi aku memang xpenah benci orang cam aku benci minah tue. Yang aku pelik nya, sejak minah tue rapat ngan diaowg mula berubah. Pinggir kan aku secara tiba-tiba yang mana aku sendiri tak tahu ape punca nya. Aku xsalah kan diaowg,. Aku anggap diaowg kawan aku, tapi nie yang diaowg buat kat aku terima saja. =)  Cuma tue laa, aku terkilan sangat. Kitaowg kawan dah lama tapi putus cmtue je. Tak tau pe salah aku. Paling tidak, bagi tahu laa aku pe salah aku pada diaowg yang buat diaowg marah sangat. 

Kadang-kadang aku terpikir, jahat sangat ke aku sampai diaowg leyh kata someone nie berubah sejak rapat ngan aku. Aku tak mintak pon dia berubah, aku tak penah suruh dia berubah, aku jugak xsuruh dia rapat ngan aku. Aku xkesah asal kan orang tue selesa kawan ngan aku, aku selesa kawan ngan orang tue. Kalau ada tak selesa antara kami, aku akan jarak kan diri aku ngan orang itu.

Kalau aku dapat peluang, nak je aku tanya kat diaowg semua soalan2 nie:
1.  Apa salah aku kat korang?
2.  Nape buat aku cmnie?
3.  Jahat sangat ke aku kat mata korang sampai korang leyh cakap "Dia berubah sebab rapat ngan aku".


Tapi, aku percaya semua yang berlaku nie ada HIKMAH nya. Jika hal nie tak berlaku, aku mungkin xkenal siapa kawan & siapa lawan aku. 

Sekian...

Tuesday, October 2, 2012

Terubat RINDU

Hari nie, aku amek cuti untuk ke Port Dickson ngan abg syg aku.. huhuu. Aku g sana SEBAB nak amek transkrip. Aku dh janji ngan roomate aku,Iza. Dia kerja kat Tesco & cuti ari Selasa. Nasib baik bos aku kasi cuti, sebab aku nie kan budak baik.. Prasan xhabis2. 

Pergh!! Punya laa EXCITED nak turun PD,. Aku pon xtaw nape. Masa study kat sana, punya laa MALAS nak balik PD.. Mana x nya, bila berlaku hal yang tak diingini memang rasa xbest nak dok situ kan..?
So, aku sampai dalam 10am camtue,. Roomate aku lagi laa excited. Dia sampai AWAL dari aku. Padahal dok Seremban je,gerak nya sama cam aku 8am. Excited terlebih nak wat cmne kn.. hahaa.

Ktaowg jumpa kat Poli terus, pastue abg2 syg kami gerak satu kereta & aku ngan Iza satu kereta a.k.a kereta ayah aku.. Kami pon terus ke Unit Peperiksaan. Masa ngah tunggu mak cik uh amek transkrip kitaowg, Pengarah tegur. Tanya wtpe laa pe laa. Yang aku xleyh blaa nye si Iza nie leh bantai xkenal ngan si Pengarah PoliPD a.k.a bekas ayahanda aku nie..(prasan lagi). Ishk3, macam dah bertahun2 je tinggal poli.. Hahaaa. Boleh dia kata si Khairi a.k.a Pengarah PoliPD a.k.a bekas ayahanda aku nie Ustaz Wan.. HAHAHA (ingat2 lek, confirm gelak).

Lepas tue,kitaowg turun and pegi beli Air Pearl..Pastue lepak2 kat bulatan sebelah Dataran Pelajar. Usha budak2 poli.. Hahaa,almaklum laa dah xjadi STUDENT agi dah.. Sebenarnya, kitaowg nak tggu 11am. Nak beli nasik kat Acik Lorong =) Rindu kat makcik !!

Lama gak laa kitaowg stay kat PD, pastue kitaowg gerak lek. Masing2 sempat g McDonald's beli Samurai Burger =)

Nie laa Samurai Burger McDonald's

K ar, ngantok nak titow.. Sok keje ! Good Night =)

Muka masing2 dah penat sebenat nya & kenyang makan samurai..
hahaha

Tuesday, September 25, 2012

Anak Kampung

Bila dengar lagu Anak Kampung mesti ingat kat Si Kasanova sebelah rumah aku dulu. Time aku belajar kat poli,,,. hehee. Mana x nye,. lagu nie dia nyanyikan untuk aku...huhu =)

Monday, September 24, 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE HOMEMADE

Semalam,aku teringin sangat2 nak makan spaghetti. Yelaa, nak g Secret Recipes mahal sangat. Aku makan bukannya banyak pon. Kalo kat sana mesti aku kena makan 1 pinggan uh kasi HABIS. Kalau aku buat aku leyh laa makan ulang-ulang. Aku nie dah laa jenis makan yang berulang-ulang.

Aku pon mencuba la nasib membuat spaghetti ku sendiri. Mana penah aku buat western food nie. Aku tau makan, makanan yang ibu aku masak je. Sanggup ajak abang sayang aku g supermarket nak cari bahan. Padahal aku la paling PEMALAS kalau nak kua cari barang time CUTI. Kalau kua BERJALAN2 tue aku suka laa. Hehee =)

Aku pon memulakan operasi aku memasak Spaghetti Bolognese.. Dalam hati tawakal je mengharap menjadi,.


SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 tin peeled tomato (aku pilih Prego)
1 paket daging cincang (aku prefer ayam bab aku kureng daging)
Bawang besar & bawang putih untuk tumis (aku xbuh bawang putih bab aku xske baunya)
Oregano,pepper,sos tomato
Sedikit mentega & minyak (untuk tumis)

Cara Membuat:
1.  Panaskan butter dengan sedikit minyak & tumis bawang hingga naik bau.
2.  Masukkan daging & masak hingga daging menjadi empuk & masak.
3.  Kemudian, masukkan peeled tomato. Masukkan garam & gula secukup rasa.
4.  Kemudian, masukkan pula oregano,pepper & sos tomato.
5. Sesuaikan rasa mengikut citarasa & siap untuk dihidangkan..

*Masa rebus spaghetti masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat.

~SELAMAT MENCUBA~

Tuesday, September 18, 2012

OPEN HOUSE 2012

Okeyh, disebabkan aku nie terlalu busy untuk meng-update belog aku nie, so lama laa belog aku nie bersawang..hehee.Al-maklum laa baru kerja katakan. Banyak la perkara yang kita kena belajar.

Ahad yang lepas bersamaan dengan Hari Malaysia, aku telah buat Open House. Ramai la sedara-mara yang datang. Tapi, kekawan aku xramai yang datang sebab masing-masing sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ramai kawan-kawan adik aku jela yang ramai datang, penuh satu umah ngan geng2 dia je..

Menu untuk Open House rumah aku cam biasa laa. Menu WAJIB ada adalah LAKSA. Pastue, bihun goreng pon ada. Takot ada yang xmakan laksa. Untuk menu TAMBAHAN, aku buat kek coklat & kek asam manis. Ibu aku pon ada order kuih koci & kuih seri muka. Jauh uh, ibu aku order..hehe dari Kapar, orang kampung Cu aku buat. Kuih dia buat memang sedap laa. Dah 2 tahun, aku ngan ibu aku order kuih dari dia time kitaowg buat open house. Kuih makcik memang SEDAP laa.. !! Bak kata BoboiBoy, TERBAIK !! 

Ramai gak laa, yang tanya pasal kek yang aku buat tue. Terutama kek asam manis tue. Mereka cakap sedap. Ada yang kata kek asam manis yang aku buat tue kek Sarawak. First yang tegur, kawan ibu aku. Cik Sally.. Siap kata nak buat menantu lagi uh..hehe. Sebab dia suka kek tue. Ishk3, kalau aku kawen ngan anak dia, ada yang tiap kali datang umah dia kena bawak kek asam manis tue.. Hahaa berangan KUAT !

Pastue ada lagi laa yang tanya. Wife bos aku pon kata sedap & macam xcaye yg semua hidangan tue aku ngan ibu aku yang masak. Nak sebut satu-persatu namanya, panjang bebenor plak aku punye entry nie nanti.

Okeyh, kepada mereka yang ingin kan resepi kek asam manis tue. Aku masukkan dalam entry aku kali ini.



RESEPI KEK ASAM MANIS

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan mentega
1 cawan tepung biskut (biskut marie/cracker - dikisar halus)
5 biji telur
sedikit esen vanila
10 bungkus asam manis

Cara-cara:

1.  Pukul gula & mentega sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu-persatu.
3.  Masukkan esen vanilla, tepung biskut & gaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian secara sama rata. 1 bahagian warna hijau & 1 bahagian berwarna merah.
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam acuan & aturkan asam manis sehingga penuh. Kemudian, kukus sehingga masak.
6. Apabila sudah masak, masukkan adunan yang berwarna merah pula & aturkan asam manis sehingga penuh. Kemudian kukus.
7.  Buatlah sampai siap..

~SELAMAT MENCUBA !!~

*Aku lebih suka pkai cracker sebab ibu kata lagi sedap. Untuk asam manis pulak ikut individu nak letak bape banyak. Kalo ayah aku,dia suka aku letak banyak2.  =)

Gambar Hiasan




Monday, July 2, 2012

Dinner

Lama benar rasa ye xupdate belog aku nie ha. Sebenarnya aku sangat-sangatlah busy sekarang nie. Almaklum laa baru kerja. Nak kena fokus. Aku nie kan budak marketing, mane la tahu pasal account nie. So,kne fokus dan concentrate....  =)

Untuk entri nie aku nak cerita sal dinner aku ngan family aku kat Restoran Tree Steak House, Sungai Buloh. Makanan kat situ nice laa bagi aku and berbaloi. Bak kata ayah aku, "kawasan Melayu pon de western food".. Hehee

Nie laa restoran yang aku cakap uh. Letak kat tepi jalan je =)

Seronok laa makan kat sini,suasana dia pon not bad. Santai .. I like!!!! Pasnie leyh laa ajak ayah g lagi.. hehee..

Sebelum keluar,amek pic dulu.. =)
Abaikan muka perasan comey nie k?


My Parents =)

My Brother & I
Antara makanan yang kami order... =)

Chicken Chop with Black pepper Sauce
Bila dah kenyang..,nie laa yang terjadi..hehee =)

Muka orang dah kekenyangan .. =)




Wednesday, April 11, 2012

RACUN

Apakah itu racun? Racun tikus? Racun serangga? Semua tue bukan.! 'Racun' yang aku maksudkan nie ialah pihak ketiga. Memang betul orang selalu orang cakap jika ada pihak ketiga dalam perhubungan kita pasti akan rosak. Tidak kira lah hubungan suami isteri, kekasih atau persahabatan. pasti akan hancur jika terselit ye orang ketiga di dalam perhubungan itu. itulah yang aku alami. Kami sangat rapat sehingga kan orang dapat detect jika salah seorang daripada kami tidak ada bersama. Boleh dikatakan macam belangkas. Semua yang kami lakukan semua bersama. Mereka yang aku maksud kan ialah kawan rapat aku di tempat aku belajar. Kami rapat dari semester satu lagi. Kami satu kelas dan ambil jurusan yang sama. Masa semester dua, aku masih duduk hostel lagi. Mereka duduk di rumah sewa. Kadang-kadang bila weekend, aku datang lepak rumah diaorang sebab diaowang ajak stay sana. Selalu minggu yang aku xbalik rumah. Dari aku duduk hostel sorang-sorang baik aku lepak rumah diaorang. Aku pegi pon xde la selalu Ijust kadang-kadang je. Segan and risau gak budak2 diaorang kata pe nanti.
Nak dijadikan cerita, masa kami semester empat waktu tue kami praktikal. Salah seorang kawan rapat aku nie accident. So, dia terpaksa extend. Masa kami semester lima,dia praktikal. Hubungan aku dengan mereka mula renggang semasa semester lima. Ada seorang kawan aku nie. Aku namakan dia sebagai I. Aku ngan I nie satu kelas, sama macam kawan-kawan rapat aku. Aku xberapa rapat la ngan I nie. Orang mungkin nampak kami rapat sebab dulu aku ngan dia tinggal di hostel dan blok kami dekat. Masa semester lima, dia tak ade rumah sewa sebab si I nie mintak hostel balik. Tapi, xdapat. So, aku pun tumpangkan dia kat rumah aku. Budak2 rumah aku pun xkesah sebab dia tengah cari rumah. Dari situ, si I nie mula rapat dengan kami. Lama-kelamaan, dia makin 'rampas' dua orang kawan aku nie dari aku. Mereka nie pun, just follow je apa yang si I nie cakap kan terutama ye yang si T (kwn rapat aku). Bila dah jadi macam tue, aku selalu sorang2. Roomate a.k.a kawan rapat aku pun mula menjauh dari aku. Kadang-kadang aku nangis sorang2 bila teringat time kitaorang gelak2 and gurau2. Tapi semua tue dah xde. Sampai kan roomate aku ada pakwe pon aku tak tahu. Selama nie, kami xpernah simpan rahsia antara satu sama lain. Sebab kami dah janji. Pernah sekali tue, diaorang kua berbuka ngan si I xbagi tahu aku. Sampai hati diaorang buat aku camni. Bila Allah tunjuk kan perangai si I tue yang sebenar ye, roomate aku dah xsuka dia. Roomate aku ngan dia memang xbaik dari dulu lagi. Sekarang aku hanya berdua ngan roomate aku sahaja. Yang dua orang lagi kawan rapat aku dah xrapat lagi. Kami dah jadi macam musuh. Mana tidaknya, sekarang si I duduk satu rumah ngan aku. tak tahu laa aku pe yang dia buat mulut pasal aku. 
Pernah satu malam aku borak2 ngan roomate aku. Entah macam mana, hati aku tergerak nak  bertanya kan kenapa sampai hati korang x bagitahu aku yg korang nak kua berbuka tahun lepas. Sekali roomate aku jawab "Diaorang xkasi bagitahu ko". Bila aku tanya, siapa yang suruh buat gtue, roomate aku cakap si I yang xkasi roomate aku bagitahu aku. Memang betul la kata pakwe aku. Yang si I tue 'racun' dalam pershabatan kami. Kalau dia xde, mesti kami xde jadi macam ini. Mesti kami rapat macam dulu2.. Tapi semua tue kenangan aku dengan diaorang. 

p/s: Aku berharap sangat aku tidak akan jumpa korang lagi selepas kita tamat belajar. Aku xnak jumpa orang yang buat aku menangis...


Wednesday, February 22, 2012

Hi !!

Hehee.,xleyh bla kan tajuk entry. Toi laa kn "hi", lama dah aku xupdate blog aku nie haa. Memang laa windu nak update tapi, paham2 jela line kat PD uh. Menyakitkan aty betoi. Lagipun aku agak busy with my last final projek. Last semester laa kata kn.. hikhikhik..(sukasangat2). Nak habis dah kan? Pastue leyh keje n nk kumpul wit banyak2,nak beli kete.. Dalam pale otak nak duit je.. If kita de wit, macam2 kita leyh wat kn? 
It's awesome!!! =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tadi masa aku ngah cari2 gambar yang nak aku edit, aku terjumpa lak laa gambar nie. Terus ingat kat dia. Sedih laa bila ingat pasal dia. Kalau boleh aku nak je format otak aku,nak ilang kan semua memori aku ngan dia. Tapi xleyh kan.,kalo leyh kan best!! Aku rindu dia,tapi dia macam x pon. Xkesah pon. Maybe dia dah memang xingat aku lagi or dah benci aku or dah de member lain kowt. Serius aku cakap, dia lain dari yang lain. Aku suka KAWAN ngan dia, tapi maybe jodoh kitaowg xpanjang..so kejap jela perkenalan kitaowg.. hahaa ayat xleyh blaa la.

Monday, January 9, 2012

Merapu


Skg,aku kat lua,kt depan umah.. Rasa rindu lak nak lepak lua umah bila malam2 nie.. Lama dah xlepak malam2 kat tembok depan umah sewa aku nie.,even lepak sorang2 and ditemani laptop saja. 
Xpe laa..,dari dok kat umah.. Leyh jadi gila aku rasa. TEKANAN.. Aku xsuka laa dok sini. Aku ada ke xde ke kat umah nie, bkn diaowg kesah pon. So,kalo leyh tiap2 mggu aku nak lek. 


Aku nak cepat2 habis poli. Ya Allah,cepat laa masa tue berlalu dan kuatkan laa aku untuk harungi nie semua. Xtahan dah rasa ye lagi nak tanggung nie sorang2. 
Bila dok kat lua nie rasa aman sangat..,and tetiba teringat  lak kenangan..hahaa (ayat xleyh blaa). Tapi,bulan malam nie cantik gak..,bulat je,besar.. Cerah lak uh.. Masa nie aku berharap sangat de seseorang yang dapat teman kan aku. Bab aku nak cerita semua ye yang terpendam dalam hati aku. Aku xde sapa2 nak share crite. Budak2 nie?? Hurm..,xpayah laa. Cam aku cakap xd,xkesah pon kan? Kadang2 nyesal pon de dok lua.. Mybe bab parents xbape restu dok lua kowt..hahaa,, tah pape. Sebab uh laa kowt,,.
k r..aku nak lepak dalam umah laa.. Baterry laptop lupa nak cas,pastue byk nyamuk laa uh.. Habis kaki aku kne gigit. Dengki toii laa,taw laa darah aku sedap.

Saturday, January 7, 2012

MOMOK


Kat Poli PD de momok?? Yela kowt..
Semalam En.Shukri, lect Projek Pemasaran kelas aku yg cakap,bkn aku yg ckp.. De bdak HISTERIA.. Masa MSK pon cme gak.
Pastue,aku tnye laa Atie (dak kls aku). Yang DAHSYAT ye, dak laki uh leyh cakap byk BAHASA.. Bhse CINA,KELANTAN,SIAM kowt n de ag laa..
xsilap 4 bahasa Atie cakap. 
Leyh OPEN DIS TOPIC bab ye, En,Shukri laa.. Nak wat kelas malam,tp isau laa.. Bab mlm kelmarin kata ye de dak HISTERIA. Ustaz mane tah yg tolong ubatkn.. Terok gak laa dak uh kne.. SERAM lak aku.. Masa Atie cter uh, meremang bulu roma aku.





p/s: Nasib dah xdok ASRAMA..

Thursday, January 5, 2012

Just Luahan


Aku nak balik umah laa.., Xsronok laa dok PD nie.. Aku xske.. Aku rasa tertekan. Tah laa..xtaw nape.
Toi kot kata ibu,bila kita dah taw orang uh layan kita camane mesti kita akan rasa xsronok ag ngan diaowg..
Memang toi pon, Aku xske sangat lek PD. Aku nak cepat2 kua dari cnie. Aku xsuka.. Benci sangat2.
Tengok jela cam xd..,xleyh blaa.. Leyh lak kata aku jalan cepat sgt.,sebab uh aku kne tggl.. Kalo orang lain uh leyh lak,panggil..tggu.. Turn aku cakap gtue..  Yelaaa..,aku nie ada ke xde ke..diaowg bkn kesah pon. So,biar laa aku wat hal aku je. Untung laa dapat kengkawan cmnie..

Sunday, January 1, 2012

Just A Lyric


Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Macam Tak Percaya

Seriously, sampai skg aku cam xcye yg aku tadi wc ngn my EX-BF.. 
WTH..! Hahaa..
Yela,kitaowg lu broke up dgn keadaan yg TIDAK BAIK.. Maybe, masing-masing 
dah BESAR and dah MATANG..
Even masa first dia chat aku dulu pon aku xcye.,aku pikir maybe dia xkenal aku or 
dia BOSAN... 
Tapi, t'nyata x.. hahaha.. Suka2,, (gatai suda dtg). xde laa. Dia pon taw aku ngn 'abg syg'..
Pape pon.., "Mal,i wish u will get GF as soon as possible..Dpt awekz omputih pon leyh,dpt gak laa Cikgu Rosizan b'menantukn org sne..hahaa.jgn lupa jemput i plak"..

Pape pon antara kami dah xde pape.. bnde uh pon dah lama b'laku.


p/s: P'mulaan yg baru

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^