Nuffnang Ads

Tuesday, September 18, 2012

OPEN HOUSE 2012

Okeyh, disebabkan aku nie terlalu busy untuk meng-update belog aku nie, so lama laa belog aku nie bersawang..hehee.Al-maklum laa baru kerja katakan. Banyak la perkara yang kita kena belajar.

Ahad yang lepas bersamaan dengan Hari Malaysia, aku telah buat Open House. Ramai la sedara-mara yang datang. Tapi, kekawan aku xramai yang datang sebab masing-masing sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ramai kawan-kawan adik aku jela yang ramai datang, penuh satu umah ngan geng2 dia je..

Menu untuk Open House rumah aku cam biasa laa. Menu WAJIB ada adalah LAKSA. Pastue, bihun goreng pon ada. Takot ada yang xmakan laksa. Untuk menu TAMBAHAN, aku buat kek coklat & kek asam manis. Ibu aku pon ada order kuih koci & kuih seri muka. Jauh uh, ibu aku order..hehe dari Kapar, orang kampung Cu aku buat. Kuih dia buat memang sedap laa. Dah 2 tahun, aku ngan ibu aku order kuih dari dia time kitaowg buat open house. Kuih makcik memang SEDAP laa.. !! Bak kata BoboiBoy, TERBAIK !! 

Ramai gak laa, yang tanya pasal kek yang aku buat tue. Terutama kek asam manis tue. Mereka cakap sedap. Ada yang kata kek asam manis yang aku buat tue kek Sarawak. First yang tegur, kawan ibu aku. Cik Sally.. Siap kata nak buat menantu lagi uh..hehe. Sebab dia suka kek tue. Ishk3, kalau aku kawen ngan anak dia, ada yang tiap kali datang umah dia kena bawak kek asam manis tue.. Hahaa berangan KUAT !

Pastue ada lagi laa yang tanya. Wife bos aku pon kata sedap & macam xcaye yg semua hidangan tue aku ngan ibu aku yang masak. Nak sebut satu-persatu namanya, panjang bebenor plak aku punye entry nie nanti.

Okeyh, kepada mereka yang ingin kan resepi kek asam manis tue. Aku masukkan dalam entry aku kali ini.



RESEPI KEK ASAM MANIS

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan mentega
1 cawan tepung biskut (biskut marie/cracker - dikisar halus)
5 biji telur
sedikit esen vanila
10 bungkus asam manis

Cara-cara:

1.  Pukul gula & mentega sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu-persatu.
3.  Masukkan esen vanilla, tepung biskut & gaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian secara sama rata. 1 bahagian warna hijau & 1 bahagian berwarna merah.
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam acuan & aturkan asam manis sehingga penuh. Kemudian, kukus sehingga masak.
6. Apabila sudah masak, masukkan adunan yang berwarna merah pula & aturkan asam manis sehingga penuh. Kemudian kukus.
7.  Buatlah sampai siap..

~SELAMAT MENCUBA !!~

*Aku lebih suka pkai cracker sebab ibu kata lagi sedap. Untuk asam manis pulak ikut individu nak letak bape banyak. Kalo ayah aku,dia suka aku letak banyak2.  =)

Gambar Hiasan




No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^