Nuffnang Ads

Thursday, October 31, 2013

Macam Tak Adil Pulak

Hi, ^_^

Sebenarnya, aku ni macam nak luahkan perasaan benarnya. Tapi tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab ini isu yang agak sensitif. Okey, aku start cerita. Tempat aku kerja nie kan kawasan perumahan (apartment), sepanjang orang duduk kat sini surau area sini tak pernah dimeriahkan. Ada orang datang solat semua, tapi cuma tak semeriahkan surau kat area rumah aku laa senang cerita. Suraunya kecik je. Perumahan ini dah berusia lebih kurang 12 tahun kalau tak silap aku. Area ni pulak, kebanyakan penduduknya adalah Cina. Tiba2 tahun ini, ada pulak yang nak memeriahkan surau ni dengan azan, kelas mengaji pada waktu malam. Yang boleh jadi kecohnya, diaorang nie a.k.a orang surau ni pergi pasang speaker kat surau ni tanpa minta kebenaran daripada pihak Ahli Jawatankuasa perumahan. So, terjadi la kekecohan sementara dan kami pihak Pengurusan terpaksa meminta pihak surau menurunkan kembali speaker tersebut & memberitahu agar mengikut prosedur jika nak letak speaker. Bila pihak surau dah bagi surat mengatakan nak letak speaker semua, pihak Pengurusan pun forward laa kepada Ahli Jawatankuasa. Keputusan yang diberi adalah Ahli Jawatankuasa sebulat suara tidak membenarkan memasang speaker di surau tersebut atas alasan mengganggu. Aku yang dalam meeting, terpikir "mengganggu apa kebende ye?". Pihak surau juga seperti aku, tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi oleh Ahli Jawatankuasa. Majoriti Ahli Jawatankuasa bukan Islam.Untuk memuaskan hati semua pihak, pihak Pengurusan mencadangkan agar satu kaji selidik dijalankan dan aku memang tahu keputusan kaji selidik itu adalah negative tapi apa yang aku boleh buat. Aku kena bersifat neutral, tidak boleh memilih mana-mana pihak even aku tak setuju sekali pon.

Okey, kaji selidik dijalankan selama 2 minggu. Yang aku rasa cam tak puas hati nya adalah, penduduk sanggup datang bertanyakan mengenai borang kaji selidik selepas pihak Pengurusan menampal notis di setiap blok. Kebanyakan yang bertanya itu adalah Cina sebab majoriti penduduk sini adalah Cina. Aku terpikir, masa AGM diadakan Ogos lalu, takde sorang pun yang datang submit borang yang pihak Pengurusan hantar kepada setiap penduduk di sini. Semua macam buat BODOH je!! Bila kes macam ni, tak payah hantar, mereka sendiri datang opis minta nak isi. Siap marah2 lagi, bila tak dapat isi form sebab dia tak layak.

Satu lagi yang bagi aku tak leh blaa adalah bila seorang owner apartment kat sini, call aku bertanyakan mengenai perkara ini. Siap mintak aku fax form tu, takot tak sempat kalau pihak kami pos. Ya Allah, macam tu sekali mereka yang bukan Islam tak nak bagi kita memeriahkan rumah Allah. Aku rasa macam sedih sangat, padahal aku duduk di negara yang agama rasminya adalah ISLAM. Masa nak AGM hari tu takde pulak telefon cakap, "saya mau fax borang yang u orang antar kasi I itu hari untuk AGM". Satu pun takde bagi, semua bagi time AGM. Hish!! Sakit je hati.. 

Kenapa orang kita (Melayu) tak nampak tu semua? Kenapa nak ikut telunjuk diaorang? Tak nampak ke perkara macam ni sebolehnya diaorang tak kasi? Contoh kat kampung opah aku. Tokong sebesar-besar alam!! Padahal perkampungan Melayu, macam mana orang Melayu leh bagi kebenaran untuk diarang buat tokong kat situ. Dah tu, tak tahu hormat langsung, waktu Maghrib ke Isyak ke, memekak2 dengan lagu diaorang tah pape tu. Tak pulak orang kita pertikaikan bising. Padahal memekak sampai berjam2 sampai ke Subuh. Baru nak azan tak sampai 10 minit, dah kata mengganggu.

Hish! Tak puas hati toii laa.. 

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^