Nuffnang Ads

Wednesday, December 11, 2013

REVIEW PRODUCT - Bedak Tanaka Myanmmar

Hi, Assalammualaikum..

Disebabkan aku tak boleh nak tido lagi, so aku nak buat review pasal bedak Tanaka sebabnya baru seminggu aku pakai bedak ni setiap malam tanpa skip dan aku pon baru je lepas tempek bedak Tanaka nie kat muka aku hehhee.. Sambil menaip nie, harum je bau bedak Tanaka nie. Rasanya sudah ramai yang buat review pasal bedak Tanaka especially bila Nora Danish jual semua seller nak jual bedak Tanaka Myanmar nie disebabkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.Yang aku pelik tue, ada seller yang jual sampai RM40-RM45. Bagi aku, sangat-sangat lah mahal. Pernah juga nak try, tapi masih ragu-ragu dengan keberkesanannya. Masa tue, jerawat aku sangat laa teruk disebabkan aku tersalah ambil supplement dan aku alergik dengan supplement tersebut. Tapi, takde laa teruk sangat bagi orang yang mukanya bermasalah mungkin biasa, tapi bagi aku sangat teruk sebab muka aku tak pernah naik jerawat sebanyak itu.. huhuu T_T.

Sehinggalah suatu hari tue, aku pergi ke rumah cousin aku di Puchong dan ibu aku menegur muka anak cousin aku nie. Muka dia dah kurang jerawatnya dan ibu aku tanya dia pakai apa. Bukan apa, muka adik aku pun jerawatnya teruk jugak laa..
Nampak tak yang timbul-timbul kat muka dia?
Jerawat dia besar-besar.. T_T
So, cousin aku pun cakap laa yang anak dia pakai bedak Tanaka Myanmar. Keesokan harinya, time my mom tengah masak tengahari, dia tanya aku bedak Tanaka tue yang mana? Aku pun cerita laa bedak tu camne siap mintak Incik Google tolong search kan gambar lagi nak tunjuk kat my mom.. Thanks Incik Google.. hehee =D. Pastu my mom suruh beli satu untuk bagi adik pakai. Aku beli dengan MIMO MOMI. Sis nie jual RM15 (110g) tak include postage. Aku amek bau lemon yang botolnya warna hijau tue.Baunya sangat wangi.

Rose - Pink
Jasmine - Putih
Lemon - Hijau
Original - Cream
Bedak Tanaka nie, diperbuat daripada sumber alam semulajadi iaitu kayu Tanaka (sandalwood tree) yang berkesan untuk:
    - Kecutkan jerawat
    - Haluskan kulit
    - Cerahkan kulit
    - Hilangkan jeragat
    - Lembutkan kulit 
    - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
    - Pelindung cahaya matahari
    - Selesaikan masalah kulit bukan sahaja kulit muka tapi boleh digunakan di badan juga
    - Boleh dijadikan bedak sejuk dan juga foundation

Cara nak pakai:
  • Untuk dijadikan foundation just sapukan bedak Tanaka rata-rata ke muka guna tangan ataupun span muka.
  • Untuk dijadikan bedak sejuk, just basahkan tangan atau campurkan bedak Tanaka dengan jari dan sapukan ke muka. Lepas 30 minit boleh lah cuci ataupun pakai sepanjang malam. Time pakai leh bercakap sebab ia bukan macam masker yang akan buat kulit muka kita berkedut.


Bedak Tanaka Myanmar nie semua jenis kulit boleh pakai samada kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Daripada pengalaman aku pakai bedak Tanaka nie, ia dapat mengecutkan jerawat aku. Sekarang nie, jerawat adik aku pun dah berkurang. Masa baru beli ada juga aku pakai, tapi tak tertib. Sebab masa tue mungkin nak period, muka aku tumbuh jerawat. So, aku stop. Bila aku tengok adik aku pakai and nampak perubahan pada muka dia, aku decide nak pakai non-stop. Nak pakai setiap malam dan nak tengok perubahan. Perubahan yang ketara aku nampak, kulit muka aku sudah kurang berminyak, jerawat juga cepat kecut. Tapi, untuk kecerahan muka, aku tak nampak pulak. Tambah-tambah adik aku tu, aku tengok sama je macam tue kulit dia. Takde pulak makin cerah. Hahaa =D. 

Selepas pakai bedak Tanaka Myanmar

So, rate yang aku leh bagi bedak Tanaka ni 4/5.

Sekian.






Terima kasih sudi baca my entry ^_^  xoxo

2 comments:

  1. Replies
    1. TQ awak.. Try laa bedak nie, sangat bagus kalau muka jenis yang berminyak.. Sy & adik sampai skg masih setia pakai :)

      Delete

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^