Nuffnang Ads

Friday, February 21, 2014

DIY - Hand Bouquet

Assalammualaikum & hai semua..

Hari ini aku nak share sikit pasal hand bouquet. Aku selalu tengok kalau orang kahwin or bertunang mesti de bunga kat tangan. So, aku saja-saja laa nak buat. Aku buat guna kain felt je. Aku buat untuk suka-suka sahaja, takde laa cantik macam orang buat sewa or jual kan? Tapi cukup lah memuaskan hati aku.. ayat nak pujuk hati T_T

Bunga aku buat tu macam nie laa. My Majlis Merisik


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • kain felt
  • gunting
  • glue gun
  • dawai
  • floral tape
  • manik
Cara buat:
  • Kain felt tu, korang potong bulat. Potong sebanyak mungkin ikut berapa kuntum bunga yang korang nak.
  • Nanti, dah siap potong bulat, korang gunting plak kain felt yang bulat tapi cam gambar ni. 
Kain felt yang telah di potong bulat & digunting 
  • Kemudian, baru kita start gam kan kain felt tu supaya berbentuk bunga rose. Masa nak gam tue, letak kan dawai sekali sebab dawai tu akan jadi tangkai. Dawai tue agak-agak korang laa potong nanti k? Sebab aku pun tak ukur.
  • Buat semua sampai siap & korang gubahkan bunga rose felt tue. Dia akan jadi macam dalam gambar ni.
Bila dicantumkan semua
  • Lepas tue, korang boleh gam kan manik kat tengah-tengah bunga tu. Macam kat gambar nie. Sorry gambar tak berapa clear guna camera handphone kita takde flash.

Bila dah diletakkan manik
  • Lepas tue korang boleh laa gam kan dawai a.k.a tangkai bunga korang ngan floral tape. Yang nie, aku takde amek gambar sebab 3 minggu lepas tue baru aku sambung sebab esoknya majlis merisik aku. Huhuu. T_T
  • Aku punya HB kecik je.. Nak besar, kena banyak lagi bunga ye, ok??
P/s: Kalo tak paham boleh tengok video nie erk?? Hehehe

Selamat Mencuba ^_^

Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
Comey yang penyibuk - Nak jadi Meow jiwang gigit rose
bagi awekz (gambar tak clear)


No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^