Nuffnang Ads

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Assalammualaikum & hai..

Ya Allah, ke mana hilangnya kapal terbang MH370? Hilang macam tu je, tak dapat dikesan. Kau permudahkanlah segalanya. Semoga keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan. Sukar untuk aku bayangkan kalau terdapat ahli keluargaku terkena musibah sebegini. Minta dijauhkan. Ya Alla, kau permudahkanlah pencariam kapal terbang MH370. Pada mereka yang mereka-reka cerita dan asyik persalahkan orang lain, cukup lah. Fikirkan perasaan keluarga mangsa. Semua ini kehendak-Nya. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang, selebihnya Allah yang Maha Mengetahui. Allahuakhbar.


p/s: kehilangan tanpa berita itu lebih menyayat hati daripada pemergian yang dapat dilihat dengan mata


















Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Wednesday, March 5, 2014

KASUT KAHWIN

Assalammualaikum & hai semua..

Aku tengah pening dok pikir nanti nak pakai kasut wedges or heels?? Aku dah laa tak reti pakai heels. Hahaa. Kang kalau aku pakai kasut flat, rendah laa pulak. Mr. A tue dah laa tinggi. Nak kena sama tinggi baru cantik tapi, kena pakai heels laa. Tapi, aku selesa pakai kasut wedges lagi. 4inci pun aku berani lagi, kalau heels, baru 2inci aku dah gayat, kalau 4inci memang confirm laa memang kecik je tiang a.k.a heels ye tu.. Argh!!! Camane ni?? Kasut tinggi lebih banyak choice daripada kasut wedges.. Yang mana nie?? T_T

HEELS

OR

WEDGES

p/s: Dalam dilemma T_T
Kalau kita taknak kahwin boleh tak?? 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Kasut kahwin macam nie boleh tak??




Tuesday, March 4, 2014

SURVEY DOOR GIFT

Assalammualaikum & hye readers.. ^_^

Pada ahad yang lepas, my moms (ibu & mama), Mr. A & aku telah turun ke Semua House & GM Klang untuk survey barang door gift sambil-sambil tue cuci mata untuk baju nikah sekali. Hehehe.. Pening jugak laa mencari ape yang nak diberi and lastly kitaorg dah decide nak bagi apa kepada tetamu yang hadir nanti. Banyak sangat barang-barang yang boleh diberikan door gift di Semua House,KL & GM Klang. Ade yang mahal, ade yang murah. Aku ambil yang biasa-biasa je, sebab kitaorang punya majlis nanti pun biasa-biasa kan.. Naik rambang mata juga la aku, ibu & mama.. Hahaa. Sebab semua cantik-cantik. Aku just survey je dulu sebab masa tue gaji tak masuk lagi. Mama yang shopping sakan tue pun nasib laa kad bank dia hilang kalau tak, mau di borong ye barang kat GM Klang tu. Geram asyik tengok barang baby. 

Aku de jugak survey kat tenet sebab de yang kata Nilai 3 murah laa pe laa. Bila aku search ramai pulak yang kata mahal. Mungkin dulu laa kot murah sekarang sudah mahal. So, niat untuk beli barang ke Nilai 3 dibatalkan sama sekali. Dah laa jauh, panas pulak. Pening kepala otak aku nie nanti. Kalau kira-kira aku rasa sama je kot kalau beli kat KL. Kalau pegi Nilai, kena tolak tol dan duit minyak. Bila kira-kira balik, lebih kurang je harganya dengan barang yang aku beli kat KL. Baik aku beli kat KL je, kurang sikit penat berjalan jauh. Hahahaha..

Nanti, masa nak beli barang door gift mungkin aku pergi dengan Mr. A kot untuk beli barang-barang door gift. Kitaorang nanti bagi door gift yang sama dari kedua-dua belah pihak. Aku tolong dia, sebab kerja dia yang tak tentu masa. Aku start beli sikit-sikit, takde laa terasa sangat nanti duit aku keluar. T_T

Kitaorang decide nak beli door gift & bunga telur dekat Semua House, KL manakala paper bag untuk packaging door gift pulak mungkin kitaorang beli dekat GM Klang sebab kat sana boleh beli secara borong. Lagi banyak kita amek, lagi murah kita dapat (dah macam hipotesis pulak T_T). Kalau dekat Semua House, harga semua sudah fix, susah nak tawar menawar. T_T

p/s: nak kawen pun pening..huhu T_T

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
Me & My baby girl, Dania
at wedding Dania's Auntie  


Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^