Nuffnang Ads

Saturday, April 5, 2014

Sweet Blood a.k.a Darah Manis (Tunang)

Assalammualaikum and hai semua..

Sekadar gambar hiasan ^_^

Orang tua kata, bertunang nie dugaannya berat. Betul ke? Pada aku bertunang atau tidak sama je. Masalah tetap ada samada kau tengah bertunang ataupun couple, ye dak? Bila dalam masa bertunang, ada problem orang akan kata "biasalah tu, darah manis". Padahal, masing-masing taknak sama-sama menyelesaikan masalah dan asyik-asyik nak kata "biasalah darah manis"

Kalau takde problem, bukan nama nya kehidupan dan kita tak akan matang sebab kita takde masalah dan tidak pernah belajar untuk menyelesaikan masalah. Time bertunang nie laa kita kena belajar menyelesaikan masalah bersama-sama jangan pendam je disebabkan prinsip orang kita "biasalah darah manis" tue. Takut nanti dok pendam-pendam sekali meletup, haa, kan dah susah nanti. Huhuu T_T.

One more thing, tak semestinya bertunang kita perlu buat majlis, bertukar-tukar dulang. Aku pernah terbaca dulu kat internet, seseorang perempuan itu boleh menjadi tunangan orang secara spontan apabila kedua-dua belah pihak setuju dengan perhubungan dan merestuinya. Ini pun dah kira bertunang. Tak perlu la kau nak hantaran berdulang-dulang, mini pelamin bagai. Cukup sekadar pertukaran cincin sebagai simbol pertunangan. Macam aku..hehehehe

Even tak buat majlis pertunangan pon, syaitan tetap tahu. Syaitan ni kan jahat tak suka orang yang nak mendirikan masjid. So, dia akan kacau/hasut kita. Orang kita pulak, bila jadi sesuatu dugaan/masalah mula laa kata "biasalah darah manis". Kalau macam tue, kita kena berbisik laa time datang nak pinang anak dara orang hahahah. LOL. Kami datang nie nak merisik bunga di taman rumah nie, dah ada yang petik ke belum? (dalam nada berbisik T_T). Supaya syaitan tak tahu yang kita datang nak pinang anak dara orang, nk mendirikan masjid.

Dugaan, masalah tetap ada, jangan kata laa takde masalah dalam hidup ini. Orang gila pun ada masalah tau tak. Sebab terlalu memikirkan masalah dia laa dia jadi gila tu,. Hehee. Problem besar atau kecik, kalau kita focus dan sama-sama settlekan, pada aku takde masalah. Yang penting dalam perhubungan, kena prihatin each other. Kalau tunang kita ada problem, kita cuba bantu dia. Kalau kita tak dapat membantu, biarkan dia bercerita agar beban yang dia tanggung ringan sedikit. Even kita dah berkahwin pun, syaitan tetap akan try untuk runtuhkan. Jahatkan??! Jangan kata bertunang je dugaan berat sebab kan statement "biasalah darah manis".

Masa couple pun ada problem, bertunang pun ada problem, dan tentunya masa dah kahwin nanti pun kita akan ada problem jugak.

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo







No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^