Nuffnang Ads

Wednesday, April 9, 2014

Tak Kesah Kan?

Assalammualaikum semua..


Aku rasa lelaki mesti malas nak melayan girlfriend/wife dia kalau asyik cakap/tanya benda yang sama tapi tak buat. Contoh macam diet. Hehehe. Aku laa tu yang selalu kena. Bila kena bebel mesti sentap laa. Hahaa,. Contohnya:

 Aku: Tomey (nama manja hehe) gemok x?
Mr.A: Hmm, dah tau gemok tue tak reti-reti nak diet ke? Makan main sedap tekak je. Bila nak kurus pun tak tau. Nanti tak muat baju pengantin.. blaa blaa blaa blaaa..membebel dengan panjang ye.
Aku: =.=" sentap
Mr.A: De pape lagi nak cakap ke?
Aku: Ye ar, kita gemok, tak cantik, huduh. T_T. majok taknak cakap dah dengan Mr.A
Mr.A: Tak kesah pun awk gemok, mar sayang jugak. Tapi, nanti awak laa yang dok tak puas hati nya.. 
Aku: Tapi awak tak kesah kan? Kata terima seadanya. =) senyum kambing

Macam tue laa, bila ditanya sentap. Tapi, nanti tanya lagi. Hahaha. Kau layan kan aje laa ye Mr.A oii. Hahahaa.

Disebabkan cuaca Malaysia sangat panas, aku rasa macam nak potong rambut tapi si Mr.A ni pulak tak kasi aku potong suruh aku simpan panjang. Dia tak tau ke yang aku dah rasa macam Hantu Kak Limah dah bila panas-panas nie. 
Tapi tak de laa panjang ginie T_T
Suka sangat laa aku nie berambut panjang, aku nie jenis cepat rimas kalau keadaan panas. Then, saja laa tanya dia time kitaorang ber'BBM.

Aku: Boleh tak nak potong pendek. Rimas laa..
Mr.A: Awak tu pernah ke tak rimas? Ayat perli T_T
Aku: Hmm,. Mar, tak kesah kan tomey nya rambut kerinting? (ubah topik)
Mr.A: Tak. Tapi Mar suka rambut awak masa Form5.
Aku: Rasanya dulu rambut lurus kowt, sebab masa sekolah rajin wat rebonding
Mr.A: Ntah laa. Tapi suka rambut awak macam tu.
Aku: Sekarang tak suka laa?? Mula start nak sentap T_T
Mr.A: Sekarang OK, cuma Mar suka rambut awak masa Form5 tue.
Pastu, aku tak reply dah. Sakit hati. Tapi, esok pagi dah OK balik cam takde pape je berlaku malam tadi. Macam tue laa kitaorang.

Perempuan nie sangat suka bertanya pada orang yang dia sayang. Contohnya:

Gurl: U tak kesah kan kalau I tak cantik macam girl yang lain? 
Boy: Tak kesah.

Soalan tue sebebarnya dia nak memastikan samada lelaki/boyfriend dia tu akan terima dia ke tak jika dia ada kekurangan. Kami perempuan nie, kalau dah beranak-pinak body mesti lari ye. Sebab tu, girlfriend/wife korang kan tanya "tak kesah kan?" kalau blaa blaa blaa.. 
Kekadang, lelaki nie bila nampak perempuan lagi cantik mesti nak cuci mata walaupun wife/girlfriend dah cukup cantik.

Nanti aku nak tanya Mr.A, "Awak tak kesah kan, kalau tomey suka tanya soalan yang sama kat awak tiap-tiap hari?" Hehehe.. Agak-agak apa dia jawab ye?? ^_^

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^