Nuffnang Ads

Wednesday, May 14, 2014

Aku Suka ^_^

♥ Assalammualaikum 

Apa yang best ada blog nie ye? Itu laa aku pikir masa aku mula-mula buat blog nie. Aku buat pun saja suka-suka. Untuk share something aku lalui, ape yang aku try, pastu aku share la dengan orang. Tak pernah lagi laa nak cari income cam blogger lain. Sebab blog nie kebanyakannya cerita pasal personal aku and review product je. 

Satu perkara aku suka bila aku mula berblog nie, aku suka buka blog orang lain dan baca entry diaorang. Kalau blog dia menarik, aku akan terus baca sampailah entry lama-lama dia semua. Seronok sebenarnya, walaupun aku lebih suka membaca saja tanpa komen apa-apa di entry diaorang nie. Daripada itu, aku juga dapat ilmu pengetahuan daripada pengalaman/ cerita yang diaorang story dalam entry diaorang. Contohnya, resepi dll.

Hobi aku memang membaca, so bila dapat baca blog orang lain pun dah kira okey laa kan? Hahaha. Membaca dan dalam masa yang sama kita jugak dapat ilmu serta info semasa. Ahaks! Gosip la tu kalau info semasa. Ishk ishk ishk, tak juga laa. Info seperti apa yang berlaku di Malaysia or dunia kita. Aku juga boleh tambah koleksi resepi aku ^_^ Seronok sebenarnya kalau kita gunakan internet di jalan yang benar. Hahaha..

Antara blog yang aku selalu follow:



Namee Roslan.
Blog sis Namee nie best sangat simple dan santai.
Anak dia, Adam comel sangat ^_^
Yuyu Zulaikha.
Comel sangat blog & penulisannya macam
empunya blog jugak
Cik Epal.
Sis nie pon comey. Suka sangat dia. 
Seronok sebenarnya berbelog nie. Tapi kena minat menulis laa. Aku memang suka menulis benda-benda merapu nie. Kalau dulu marah, aku ada satu buku untuk aku conteng dan luahkan segalanya dalam buku tu. Hahaha. Buku tu pon dah ke mana tah hilangnya. Dah kena buang kot. Kalau jumpa baca balik, mesti kelakar. Minat kena ada, baru boleh tulis entry yang menarik. Tapi belog aku tak menarik mana pun,. Tapi okey laa. Aku suka!! ^_^

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo







No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^