Nuffnang Ads

Friday, May 2, 2014

Dulu Punya Cerita

♥ Assalammualaikum 


Dulu, masa aku tadika aku selalu tak sabarnya nak masuk sekolah rendah. Hehe. Bila dah masuk sekolah rendah pulak, tak sabar nak masuk sekolah menengah. Nak pakai baju kurung kain biru, bawa buku sikit je pergi sekolah. Habis sekolah, boleh lepak-lepak dengan kekawan.  Hehee..

Bila dah masuk sekolah menengah pulak, rasa macam tak best ye sekolah. Penat laa sekolah. Tak sabar pulak nak masuk universiti/politeknik & seangkatan dengannya. Pergi kelas tak payah pakai uniform, tak payah bawak buku berat-berat. Macam cool je pergi kelas. Tiap-tiap ari mesti de terpikir, bila laa aku nak habis sekolah. Tak payah beratur tiap-tiap pagi Isnin, nyanyi lagu sekolah bagai. Tak sukanya laa perhimpunan! Tak suka homework yang bertimbun-timbun!! T_T.


Korang pernah tak rasa macam nie? Mesti pernah kan? Tipu laa kata tak pernah, toii tak? Hehehe.

Bila dah masuk Politeknik Port Dickson, rasa macam tak best jugak. Hmm, ingat nak sambung degree tapi bila assignment pun suka wat last-last minutes, so tak jadi laa. Haha,. Malas laa nak baca buku. Malas nak pergi ke kelas. Hahaa.. Tapi, nie ok laa sebab bila hujung minggu boleh santai-santai dekat pantai or g jejalan ke Seremban tengok wayang tak pun window shopping dengan roomates or kekawan. Hehehe. 

Bila tengok abang-abang/kakak-kakak yang bekerja macam best, tak sabar pulak nak habis diploma nak kerja. Macam best je dapat pegang duit sendiri. Macam masyukkk je.. Hehehe. Bila dah kerja, dah de duit sendiri, tengok kekawan/abang-abang/kakak-kakak satu politeknik dulu dah kahwin, de baby, rasa macam nak kahwin pulak. Hahaa.. Tengah kumpul duit nie.. Heheh.


Korang pernah tak rasa macam nie. Tak sabar/teringin nak jadi macam tu?? Ke aku je yang suka nak jadi tu ini. Nasib tak jadi SuperWoman. Hahhaha..


Kekadang bila teringat semua nie, rasa rindu pulak nak balik ke zaman sekolah, zaman study di politeknik. Seronok sangat. Bila dah kerja nie, susah sangat kita nak hang out dengan kekawan macam time kita study dulu. Masing-masing dah busy dengan kerjaya masing-masing.


Tapi, dulu kan semua nie aku yang nak. Aku nak jadi akak sekolah menengah, nak jadi student, nak kerja. Semua tu aku nak rasa. Bila dah rasa semua tue, time paling aku suka adalah time study dulu. Tak kira time sekolah atau di politeknik. Itu lah time yang paling menyeronok kan. Memang benar la kata orang, time study adalah time yang paling seronok sekali..


p/s: Rindunya nak jadi macam dulu-dulu lagi T_T

Sekian untuk entry kali ini.

Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^