Nuffnang Ads

Tuesday, July 8, 2014

Iftar di Padang MPK, Pahang

♥ Assalammualaikum 

Hai, semua !!! Ahad lepas masa hantar adik aku ke ICAM, Pekan. Kitaorang satu family berbuka di Padang MPK, Pahang. Kat sana terdapat banyak bazaar. So, terpulang la samada korang nak beli kat bazaar dan berbuka di padang MPK ataupun korang tapau makanan daripada rumah.

Family aku tapau makanan daripada rumah. Ibu dah siap masak nasi & masukkan dalam bekas. Untuk lauk, ayah yang masak. Ayah masak daging masak kicap. Ramai jugak yang berbuka di sana. Rasa seronok pulak, sebab kita berbuka ramai-ramai. Padang MPK tue bersebelahan dengan masjid. So, mudah laa untuk kita dengar azan Maghrib ^_^.

Suasana di Padang MPK semasa menunggu
waktu berbuka - 6/7/2014

Aku takde amek banyak gambar pon, sebab rasa penat sangat perjalanan daripada Sri Damansara - Kuantan. Sebelum sampai ke padang MPK, kitaorang hantar barang adik aku di hostel ye dulu. Pekan, Pahang tu aku rasa macam jauh ke dalam sungguh. Jauh!! T_T. Ikutkan malas nak pergi, sebab ayah kata nak berbuka kat Padang MPK tue yang aku ikut jugak tu. Hehehe. Nasib seronok.

Lepas berbuka, aku dengan adik merayau-rayau kat bazaar sebab dia nak cari makanan untuk sahur nanti. Masa kitaorang dok pusing-pusing de abang nie panggil aku ingatkan nak ape, rupanya dia nak bagi bihun sup sebab jualan dia tak habis de sikit lagi so dia sedekah laa kat orang yang lalu kat depan gerai & kebetulan aku dengan adik yang lalu. Terima kasih abang!!! ^_^

Lastly, adik aku beli kebab ayam je sebab aku beli kebab ayam. Mula-mula kata nak murtabak pastu tak jadi pulak. Aku beli ayam goreng yang potong-potong tu, aku tak tau namanya tahu makan je. Haha.. 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^