Nuffnang Ads

Monday, October 19, 2015

Bad Habits! Yang susah nak tinggal

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Setelah lama menghilangkan diri ini, tetiba hari ni aku de idea nak cerita pasal bad habits. Disebabkan selalu kena bebel ngan ibu aku walaupun dah jadi bini orang, tetap kena bebel =.="

Korang de bad habits yang susah nak buang tak?! Aku rasa laa kan, setiap orang mesti ada bad habits yang kadang-kadang sampai orang sekeliling pon tak suka.. Toii tak?? Dan paling tak suka, bad habits sangat susah nak buang dari diri kita.. Walaupun kita sudah cuba.. 

Satu. Letak barang merata-rata. Ini sangat laa tak elok okey?! Aku tak tau laa kenapa & aku akan lupa kat mana barang tersebut aku letak. Contohnya, barang yang terdekat dengan ialah handphone & wallet. Aku memang suka letak merata kat dalam rumah. Bila nak guna mula laa kecoh satu rumah aku cari.. Nasib kat rumah orang tak buat perangai camtue. Wallet kan de duit & IC semua. Kalau hilang camane. Macam tue jugak handphone

Dua. Suka langgar barang. Aku sangat laa suka langgar barang contoh macam rak tv, meja, ampaian towel. Ibu aku cakap, kerja aku kasar macam jantan. Iye ke? Adik aku yang sememangnya jantan tue, elok je tak langgar rak tv yang bapak besar kat depan tu. Kenapa mesti aku yang terlanggar?? Kadang tue, sampai tak tau langgar apa, tau-tau dah lebam or sakit je kat tangan ke kaki ke.. Sendu pulak rasa. Walaupun, aku sudah try untuk berhati-hati tetap akan langgar jugak T_T

Tiga. Masuk hypermarket/supermarket. Perkara wajib bila masuk hypermarket/supermarket ialah tawaf satu hypermarket/supermarket tu. Walaupun tujuan utama aku nak beli gula satu peket je. Selalu kena bebel dengan husband aku sebab aku suka tawaf satu hypermarket/supermarket. Aku rasa, kalau aku tak tawaf macam tak lengkap pulak pergi beli barang nanti.. Hahaha.

Empat. Suka membazir. Aku suka membazir dari segi shopping baju laa pe lagi. Aku de beli 2-3 dresses.. tapi tak pakai lagi. Hahaha.. Bila nak keluar akan bising kat husband cakap baju takde. padahal dalam almari dah penuh dah dengan baju. Perempuan, biasalah tue. Sebenarnya membazir sangat rasa. tapi mudah sangat tergoda kalau ada sales-sales nie. Please, jangan buat jualan murah.

Lima. Bantal busuk. Kemana pergi bercuti or balik kampung harus ada bantal busuk ok. So nie dikategorikan sebagai bad habit tak? Habit yang nie aku rasa paling susah sangat aku nak buang sebab memang dari kecik lagi ada bantal busuk. tapi, serius tau kalau takde bantal busuk aku susah nak tido. bagi laa bantal pe pon, aku rasa bantal busuk aku laa yang paling best. Nama je bantal busuk tapi tak busuk ok.. 

Untuk masa sekarang, nie je yang aku ingat. Nanti kalau aku ingat, aku tambah lagi. Korang pon cerita laa bad habit korang yang susah korang nak tinggalkan di ruang komen.


Toodles :) 

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^