Nuffnang Ads

Tuesday, May 24, 2016

Pregnancy Journal : Tompok Coklat

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Lama rasanya aku tak update kat blog nie, berbulan-bulan dah. Bajet blog ko cam famous je kan?? Sedar tak sedar dah setahun lima bulan dah aku kawen ngan pilihan hati. Hikhikhik. Alhamdulillah, Allah bagi aku satu hadiah yang tak ternilai apabila pada akhir bulan April aku telah positif pregnant. Masa tu, usia kandungan aku dalam 4-5 minggu camtu.  

Aku pada mulanya malas jugak nak check, sebab asyik negative je. Frust pulok nanti. Memang laa aku tak berharap sangat, tapi bila dah test kang, secara automatik aku jadi cam berharap sangat. Alhamdulillah, akhirnya UPT menunjukkan double line. Petang itu, aku pergi ke klinik untuk pengesahan. Memang positif tapi malangnya doctor takde pulak bagitahu aku berapa usia kandungan aku dan bila due aku. Mungkin doctor dah tak sabar nak balik sebab shift ye dah nak habis. Aku pun satu  hal, tak bertanya. Yela first time kot. Dapat pulak tahu ada baby dalam perut, cam speechless sangat. Aku pon tak tahu nak nagitahu perasaan aku time tu. Percaya tak percaya je dah nak jadi mak orang dah. Perangai cam bebudak lagi dengan kuat merajoknya tak sudah. Aku tahu usia kandungan aku pun melalui bantuan pak cik Google. Aku kira sendiri usi kandungan & due date bersalin aku. Dah boleh jadi nurse/doctor dah aku nie.. Hehehe..

Esoknya aku bekerja seperti biasa hingga lah sampai ke minggu seterusnya. Aku nie ada simptom asyik nak terkencing je memanjang. Ibu aku cakap mungkin pebawakan budak. Aku redho je laa. Sikit-sikit nak ke toilet, nak terkencing. Pagi tue aku pergi toilet opis aku, sekali aku nampak tompok coklat pada panties aku. Kaget gak laa.. Risau kalau pape berlaku pada kandungan aku. Aku kencing, keluar terus tanya akak a.k.a partner tempat keje aku. Dia kata dia tak pernah kena tapi kalau keputihan tue normal laa katanya. Aku pun check laa ngan pak cik Google. Normal pada awal pregnancy, tapi sebaiknya pergi check di klinik/hospital. Aku pun terus BBM hubby aku bagitahu. Petang balik keje, aku & hubby terus pegi klinik dekat rumah aku. Bila kat klinik, aku pun story laa kat doc tu. Doc tue scan but tak nampak apa-apa. Bertambah risau la aku bila doc kata tak nampak apa-apa lagi. Then, dia rujuk kan aku ke Hospital Selayang pada keesokkan harinya.

Aku pon bagitahu la partner aku yang aku cuti esok sebab nak pegi hospital. Aku gerak dari rumah awal pagi sebab nak dapatkan no giliran yang cepat dan pantas. Hahaha. Dah sampai, parking pulak takde. Terpaksa laa aku daftar sendiri sementara hubby cari parking. Lepas dah daftar semua, aku di surug masuk ke dalam dan mak guard kat situ tunjuk yang aku kena pergi ke pintu dinding color pink. Lepas gtau nurse & letak no giliran aku dalam satu kotak, nurse suruh aku duduk. Pastu, dia datang untuk ambil tekanan darah aku. Well, cam biasa aku kan penakut pergi hospital/klinik. Sudah pastinya berdebar-debar. Hahahha.. So agak tinggi laa aku punya pulse T.T

Masa mesin tue tengah baca tekanan darah aku semua, de sorang doctor Cina datang temu ramah aku. Dia tanya laa bila spotting tu, banyak ke, de ketulan darah ke tak.. Tanya then aku jawab laa. Pastu dia bawak aku masuk satu bilik nie untuk scan. Tapi, scanner dia mungkin better dari klinik kat rumah aku pergi semalam. Sebab nampak rahim aku dari klinik semalam tak nampak pape pun. Tension aku. Pastu dia check laa rahim aku, dia kata pintu rahim tutup. Dia seluk pakai tangan dia okey?? Kena kangkang depan dia, bapak malu siot!!! Rasa cam nak lari balik dah, tapi demi mu wahai anak, ibu mu redho T.T

Pastu, dia kata dia akan rujuk aku pada pakar di Tingkat 11. Sebab nak scan ikut bawah, usia kandungan aku kan comel lagi so mungkin tak nampak katanya. Untuk lebih jelas, kena scan ikut bawah. Aku pun keluar untuk tunggu nanti ada nurse yang akan bawa ke tingkat 11. Masa keluar bilik tu, nampak hubby ngah berdiri kat luar, lega sikit rasa. Almaklum laa penakot jumpa doc. Tunggu dalam 5-10 minit pastu de nurse lelaki ape tah panggil aku tak tau. Aku panggil nurse lelaki sebab pakai baju putih cam nurse tapi dia lelaki. hahaha. Dia bawak laa aku & hubby naik tingkat 11. De sorang akak ni pon naik sekali. Akak tue baru pas keguguran. Dia datang sebab de darah kua sikit dia risau. Sebab dah cuci tapi masih de keluar darah. Sempat laa aku sembang-sembang masa kitaorang kat tingkat 11 dok depan satu bilik yang nak scan ikut bawah tue. korang nak tengok tak alat scan ikut bawah tue. Jap aku tunjuk.

Ni laa rupanya
Yang scan aku doctor perempuan okey. Nasib baik, sebab aku dah cuak jugak laa sebab masa kat Tingkat 11 tue de doc lelaki interview aku cam masa kat bawah. Pas settle scan semua, dapat MC & kad untuk follow up. So, nanti aku cerita pulak camane follow up. Aku kena follow up 2 minggu lepas tue. Masa tue maybe dah nampak kot. Masa scan tue just nampak yolk sac. Korang google laa ye yolk sac tu ape. Doc pakar bagitahu aku yolk sac tu makanan embrio. So just nampak yolk sac no degupan jantung baby ke ape. Aku dah pegi follow up semalam, tapi nanti aku cerita ye?? Panjang sangat dah entry aku kali ni, karang korang bosan pulok membaca ye..

Stay tuned.. cam laa ramai sangai follower T.T

Toodles :)

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^