Nuffnang Ads

Wednesday, June 1, 2016

Pregnancy Journal : Tompok coklat (PART 2)



♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!

Nie sambungan yang aritu, boleh rujuk sini kalau nak baca yang part 1

Pada 23/05/16, adalah date yang ditunggu-tunggu sebab aku de appointment dengan doctor di Hospital Selayang. Appointment aku pukul 9 pagi tapi korang jangan terpedaya yang korang dapat jumpa doctor pada jam tersebut. Nama pun hospital kerajaan, opkos laa lama T.T

Aku sampai dalam pukul 8.30 pagi dan nak mencari tempat dah satu hal. Hari tue nurse tak cakap kat mana. kitaorg pegi tanya kat kaunter pertanyaan dalam Klinik Rawatan Harian sambil tunjuk kad appointment aku. Pastu dia gtau aku yang aku kena pergi kat Klinik O&G (Obstetrik & Ginekologi). Dah laa kena beratur ambil no giliran. Dah ambil no giliran, kena tunggu pulak no di panggil untuk pendaftaran. Bapak laa lama. Bosan aku tunggu, lom kes kerusi ye keras, sakit bontot aku.. Huhuu. Sampai giliran no aku & hubby pun pergi laa kaunter tunjuk kad appointment aku, katanya kena terus pergi ke jabatan O&G ada signboard color hijau. Aku & hubby pun terus g sana. Bagi kad appointment aku, dia tanya de bawak buku pink tak. Aku pulak takde bawak. Aku dah buat pada seminggu yang lepas. Tapi nurse kat KK takde pulak pesan kat aku kena bawak buku pink tue ke hulu ke hilir. Dia suruh duduk & tunggu nama kena panggil. Tak lama lepas tu, nama aku pun dipanggil. Dia bagi no giliran kat aku. Pastu ada nurse panggil nama aku untuk  ambil berat & tekanan darah aku. Pastu aku pon duduk laa semula tunggu no giliran aku dipanggil. Aku menunggu dari pukul 9 lebih sampai dekat pukul 1 tengahari baru no aku dipanggil. Sakitnya laa hati aku, orang yang datang sebelum aku pun dah dipanggil. Sampai aku tertidur-tidur laa atas kerusi tue terlalu lama tunggu no giliran aku. Aku tak tau laa pe yang dibuat doc tue kat dalam, asyik panggil no lain je, yang cam aku nie x gerak-gerak. Bila dah di panggil, kejap je laa pulak check ye, bukan lama pon.

Masa kat dalam tue, hubby leh ikut. Doc tanya aku de bleeding lagi ke x? Aku cakap takde dah, itu hari aje. Pastu dia tanya, ada rasa sakit perut cam senggugut lagi tak? Sebab sebelum ni aku memang de rasa sakit-sakit cam mild period pain. Tapi now takde dah. 

Pastu, doc minta aku baring atas katil yang disediakan. Dia nak scan ikut bawah katanya. Nasib baik doc perempuan. Alhamdulillah, aku nampak my baby, comey sangat. Nampak degupan jantungnya even just berkelip-kelip sahaja. Bersyukur sangat. Tak tau nak cakap macamana rasa sebab aku sangat risau kantung aku kosong. Alhamdulillah syukur sangat. Pastu, doc panggil hubby nak tengok tak. Hubby pun tak nak lepaskan peluang jugak, nak tengok jugak. So nampak laa kelip-kelip jantung baby

Lepas pada itu, aku pun pakai laa seluar semula. Doc kata kena follow up sekali lagi. Kandungan aku risiko rendah sebab anak first kan. Hubby de jugak tanya pasal tompokan darah hari tu, doc kata normal tapi boleh dirisaukan sebab boleh menjadi punca keguguran. korang boleh check dengan pakcik Google. So, 13/06/16 nanti aku kena datang semula untuk follow up.

p/s: disebabkan laki aku banyak sangat tanya kat doctor tue, aku terlupa nak minta MC.. T_T

Sekian, cerita aku. thanks sudi baca.

Toodless :)

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^