Nuffnang Ads

Wednesday, July 20, 2016

KEGUGURAN (MISSED MISCARRIAGE)

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!

Okey, hari ni aku nak share di mana pada 1st Ramadan 2016 (6.6.16) Allah telah menduga aku dengan keguguran kandungan aku yang berusia 9 minggu. Aku puasa & pergi kerja seperti biasa. Tapi pada pukul 11 pagi camtu aku rasa semacam seperti basah di panties. Aku nak pergi ke toilet sebab nk buang air kecil tetapi aku dikejutkan dengan tompokan darah di panties aku. Darah merah seperti period namun tiada ketulan hanya fresh blood. Aku panik tak dapat nak pikir. Aku text husband tapi dia tak reply sebab sibuk time tu. Aku terus bagitahu partner yang aku nak balik sebab bleeding. Masa dalam kereta aku tak tau samada nak terus balik rumah atau terus ke hospital. Lastly, aku decide terus pergi ke Hospital Selayang. Selepas daftar semua aku di suruh pergi ke Unit Kecemasan. Selepas di ambil tekanan darah semua-semua. Doctor check & aku akan di hantar ke Tingkat 11 seperti yang aku cerita di entri aku yang lepas. Masa aku di Wad Kecemasan, selepas aku keluar dari bilik yg doctor check aku tengok husband aku dah berada di luar. Lega rasanya. Aku takut, sebab aku nie penakut ke hospital. Pastu naik ke tingkat 11 husband sorong naik wheelchair. Sebab aku takot darah meleleh even time tue aku dah pakai kain hospital. Seluar aku dah dipenuhi darah.

Naik di tingkat 11, aku tunggu giliran untuk doctor pakar scan ikut bawah. Aku hanya mampu berdoa je time tue. Tapi, aku di uji oleh Allah. Masa doctor scan, nadi baby dah stop. Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku time tu. Nak sedih ke nangis ke apa. Aku macam terkedu. Namun, aku pasrah. Allah lebih Mengetahui. Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Doctor bagi aku tempoh dua minggu untuk gugur secara semulajadi. Tapi, jika masih tiada apa-apa berlaku pada 20.06.16 aku kena datang hospital untuk prosedur cuci a.k.a D&C. Punya lah aku cuak sebab aku dengar orang kata sakit sebab dorang korek2 untuk buang sisa-sisa janin. Aku berdoa pada Allah jika betul anak aku sudah tiada, aku mohon Allah permudahkanlah proses keguguran aku. Biarlah semulajadi aku tak sanggup nak kena cuci. Aku takut!! 

Start petang 10.06.16(Jumaat) sudah mula keluar ketul-ketul darah tapi kecik-kecik lagi. So aku relax je, bagitahu husband kata normal sebab kawan bini nya pernah camtu jugak. Tapi wife kawan dia cuci. Nak dekat berbuka aku dah mula rasa senggugut. Bila malam makin sakit senggugut yang tak macam biasa. Aku teringat pesan kawan aku yang gugur dua minggu sebelum aku, katanya kalau rasa cam ada benda nak kua tue kau teran je. So, aku pun teran laa. Keluar laa ketulan darah besar-besar sikit dari petang tu. Aku ambil pad yang aku pakai tue & bungkus plastik sebab nak bawak ke hospital. Aku ingat pesan doktor haritu, katanya kalau keluar ketulan darah kena datang hospital bawak ketulan tue. Malam tue, aku dah start pack baju, pad semua dalam beg. Takut pagi kang sakit teruk ke pe terus gerak je. Senang!

Aku tidur & terjaga dalam pukul 2 pagi camtu, sebab sakit yang teramat. Tak tahan sangat. Rasa senggugut yang teramat sakit & ada rasa ngilu di bahagian ari-ari. Bila baring tak kena aku berdiri & berjalan. Bila berdiri berjalan tak kena aku baring plak. Dia punya sakitnya, sampaikan husband yang tengah tidur beralih badan pun kau leh rasa sakitnya. Padahal selama nie, tak pernah pun rasa sakit ke tak pernah perasan pun dia beralih badan. Haha!! Dalam sakit-sakit tue aku sempat lagi main Candy Crush Soda hahha. Siap menang lagi okey. FYI, aku dah start puasa makan tengah malam & minum saja sampai sahur. Nurse yang pesan ritu.

Masa tue ketulan dah makin galak keluar. Huhu T.T
Sakitnya Tuhan saja tahu. Masa time bersahur tue dah memang sakit teramat amat sakit. Aku tak bangun sahur tapi bangun sebab tahan sakit punya pasal. Lastly, sebab tak tahan sangat aku mandi siap nak g hospital. Pastu aku kejut husband cakap sakit sangat tah tahan dah. Berpeluh-peluh aku tahan sakit. Nak jalan pun tak larat dah. Dah rasa cam contraction nak beranak dah aku rasa. Selang 5 minit sakitnya. Cam pernah rasa je.. Hehehe. Orang laa cerita. Aku agak je. Husband bawak kete dah leh masuk F1 dah. Punya laa laju siap on emergency light lagi. Hahahaha. Sampai hospital takde parking dia hantar aku untuk daftar dia g park kete. Gagah jugak walaupun tak daya. Sampai dok kat kecemasan. Amek tekanan darah bagai. Pastu doctor telefon tingkat 11 nak masuk wad. Cucuk jarum masuk air semua. Takut kena cuci nanti. Tak leh blaa, masa doctor datang nak pasangkan jarum untuk masuk air. Haha, boleh-boleh aku mintak doctor tue tunggu kejap sebab masa tue aku tengah sakit. Husband sampai sekarang dok gelakkan aku masa aku sakit sebab katanya kelakar. Bukan bermakna dia tak kesian kan aku. Sebab bila aku ingat semula aku pun rasa cam kelakar. Mana tak ye, husband nak sentuh/pegang aku nak tolong papah aku tak bagi. Sakit sangat sampai di nak pegang aku pun aku tak bagi. Aku akan cakap "jangan pegang" sambil wat action cam talk with my hand ahhahaha. Tu yang digelakkan nya. 

Naik wad husband tolak guna wheelchair. Sampai tingkat 11, terus kena tukar pakaian hospital. Nurse suruh husband balik. Doctor datang check & minta untuk ke bilik scan. Masalahnya aku tak leh nak bangun berjalan. Sakit sangat. Air masih masuk dalam badan time nie. Doctor nak bagi painkiller pun tak berani sebab aku ada alergi dengan painkiller tapi tak pasti apa. Tapi panadol aku leh telan takde masalah. Ada sorang nurse India nie cakap bawak peralatan check aku kat atas katil saja. Pastu masa diaorang nak check tue, aku rasa cam ketulan tue nak keluar, so aku pun teran laa. Masa tue nurse & dua orang doctor nie tengah cakap-cakap. Terkejut gak diaorang tau-tau aku teran keluar ketulan darah besar. Nasib baik laa dorang dah letak lapik plastik apa tah kalau tak habis cadar. Tue pun kena sikit cadar tilam. Tue yang last & paling besar. Aku dengar nurse India tue kata sebesar tapak tangan. Patut la sakit yang teramat sangat. Doctor & nurse India tua tanya rasa lega tak? Rasa sakit kurang kan? Alhamdulillah memang rasa kurang sikit sakit tue. Pastu nurse tue bagi kain untuk salin sebab kain yang aku pakai tadi dah berdarah. Lepas tue nurse tue datang ag bawak jarum, inject kat peha untuk kecutkan rahim. Doctor Melayu cakap nanti nak scan tunggu senior dorang datang. 

Biasa la hospital, baru aku nak lelap doctor Melayu tue kejut aku bawak aku g bilik scan. Yang scan aku tue plak doctor India lelaki yang aku tak suka tue. Dia scan sakit kot. Scan ikut bawah ye. Pastu dah scan semua, macam takde pape yang tinggal lagi. Maksud ye takde sisa janin ke uri ke. So tak perlu cuci a.k.a D&C. Tapi kena tunggu doctor pakar confirmed kan.. So balik katil nak sambung tidur. Pastu, dengar katil sebelah bising-bising rupanya doctor pakar datang ronda. Sampai kat katil aku doctor pakar check & check pad yang aku bawak dari rumah. Pastu doctor Melayu tue de gtau yang aku teran pagi tadi dah hantar ke lab. So, doctor pakar minta aku terus pergi ke bilik scan untuk scan. Lama gak aku tunggu kat bilik scan sebab dia g ronda dulu. Tetido aku dalam bilik scan tu. Ngantok tahan sakit punya pasal, dalam hati nie berdoa supaya takde sisa, tak nak kena cuci punya pasal. Alhamdulillah, masa scan tue doctor pakar kata takde sisa yang tinggal. So, aku tak kena tahan wad. Dalam pukul 10 lebih camtu aku called husband cakap boleh balik. Husband sampai dalam pukul 11 camtu. 

Aku dapat MC seminggu tapi aku tambah cuti lagi seminggu. Mana tak ye, aku Google kalau keguguran 3 bulan ke bawah kena berpantang selama 2minggu. So, aku berpantang di rumah selama 2 minggu. Sepanjang tempoh aku berpantang, aku just consume jamu dari Sendayu Tinggi je iaitu D'Folia & Sedu Arrow. Masa hari kedua tue aku mandi mandian herba dari Sendayu Tinggi. Buat 3  hari tiap kali mandi pagi :) Makan macam orang dalam pantang biasa ibu masak kan. Tu sahaja.

Sekian. 
Itulah kisah aku keguguran. Panjang betul entry aku kali nie. Hehehe.

Untuk anak ibu,
Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim ibu even kita kenal kejap je hanya 9 minggu. Genap awak 10minggu awak keluar tinggalkan rahim ibu. Takpe, ibu redha. InsyaAllah, kita jumpa nanti di 'sana'. Ibu & ayah happy sangat bila tahu kehadiran awak. Tapi Allah lebih sayangkan anak ibu. Ibu merinduimu sayang.

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^